fbpx
KEADAAN sebuah rumah di Pokok Sena yang dilanda banjir malam tadi. - Gambar media sosial.

200 penduduk Pokok Sena terjejas banjir dipindahkan ke PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

POKOK SENA – Seramai 200 penduduk di sini dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kawasan tersebut dilanda banjir sejak petang semalam.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah, kesemua mangsa daripada 50 keluarga itu ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Pokok Sena yang diaktifkan sejak pukul 11 malam tadi.

Katanya, sebanyak tiga kampung dan sebuah taman perumahan dalam mukim Gajah Mati, Tualang dan Derang terjejas.

“Kawasan tersebut adalah Kampung Temusu, Kampung Pulau Nyor, Kampung Sungai Durian dan Taman Puteri,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan beberapa kampung dan kawasan perumahan di daerah Kubang Pasu dan Pokok Sena dilanda banjir susulan hujan lebat sejak pukul 6 petang semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI