fbpx
Pertahanan UM-Damansara diasak oleh penyerang JDT, Romel Morales pada aksi semalam. - Foto ihsan UM-Damansara FC

UM-Damansara puas tengok gawang JDT ‘bocor’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGENDALI UM-Damansara United, Ridzuan Abu Shah puas setelah anak buahnya bukan sahaja menjaringkan satu malah tiga gol berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di gelanggang keramat mereka pada aksi kedua pusingan 16 Piala FA, malam tadi.

Biarpun terkandas dengan agregat 10-3, Ridzuan merasakan tiga gol yang dihasilkan pada babak kedua itu amat bermakna buat pasukan dan merupakan satu pencapaian membanggakan.

Malah, katanya, ada ketika pemain berjaya memberi tekanan kepada Harimau Selatan apabila merapatkan jurang gol pada perlawanan tersebut.

“Gol pertama itu memang kita tak jangka dan saya anggap sebagai gol saguhati, sebab ia berpunca satu kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana penjaga gol. 

“Tetapi saya cukup teruja apabila kita berjaya menjaringkan dua gol lagi selepas itu terutamanya daripada pemain gantian Anuar Ceesay.

“Persembahan itu menjawab kritikan saya terhadapanya, ternyata dia membuktikan kebolehannya dan perkara seperti inilah yang saya mahukan,” katanya.

Pada perlawanan itu, UM Damansara membuka jaringan menerusi Thankgod Michael yang menghukum kesilapan penjaga gol JDT, Christian Abad ketika membuat hantaran kepada pemain pertahanan sebelum Ceesay meledak dua jaringan pada minit ke-66 dan ke-74. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI