fbpx
Anwar bercakap kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Khadijah, Kuala Lumpur, hari ini.

Tuduhan peserta GSF pengganas propaganda Zionis, biadap – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tuduhan bahawa peserta misi Global Sumud Flotilla (GSF) sebagai pengganas adalah propaganda Zionis yang tidak berasas.

Anwar berkata, hakikatnya rejim Zionis adalah pihak yang sebenar-benarnya pengganas kerana terus menindas rakyat Palestin.

“Peserta Flotilla tidak membawa senjata, tidak membunuh sesiapa. Mereka hanya membawa makanan, minuman dan ubat-ubatan.

“Jadi bagaimana mungkin mereka dilabel sebagai pengganas? Itu satu kenyataan yang biadap,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Khadijah, di sini, hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir menuduh aktivis dan sukarelawan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla sebagai pengganas selain membawa bahan kimia.

Menerusi video tular di media sosial, Ben-Gvir hadir di hadapan aktivis dan sukarelawan yang ditahan oleh tentera Zionis Israel, malah dia turut memasuki salah satu kapal serta menuduh kononnya terdapat bahan kimia di situ. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI