fbpx
Myo Naing Soe (kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh bagi menghadapi pertuduhan kes bunuh isterinya dalam kejadian Isnin lalu.

Tangguh pertuduhan kes bunuh, lelaki Myanmar tidak faham bahasa Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang lelaki warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Kuang, Chemor Isnin lalu.

Bagaimanapun, pendakwaan ke atas Myo Naing Soe, 37, terpaksa ditangguhkan berikutan tertuduh tidak memahami pertuduhan dalam bahasa Melayu.

Majistret S. Punitha kemudian menetapkan 25 November depan untuk tarikh sebutan bagi lantikan jurubahasa Myanmar supaya pertuduhan kes dapat dijalankan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zarris Sofea Zainudin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada jaminan ditawarkan terhadap lelaki itu berikutan tertuduh akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Menerusi laporan media pada 29 September lalu, seorang wanita warga Myanmar berusia 28 tahun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh rakannya di sebuah rumah di Kampung Kuala Kuang, Chemor pada pukul 12.30 tengah hari.

Pemeriksaan pada mayat wanita itu menemui kesan cekik di leher namun tiada kecederaan lain dikesan pada tubuh mangsa.

Difahamkan, kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek di mana lelaki terbabit dikatakan tidak berpuas hati kerana kerap dimarahi oleh mangsa.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI