fbpx
PAPARAN skrin laman web penjejak Sumud Nusantara Flotilla di SNCC, Sepang yang memaparkan perkembangan terkini pelayaran Marinette sebelum memasuki zon merah. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

Sumud Flotilla: Kapal Marinette satu-satunya harapan masuk perairan Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG- Sebuah kapal bernama Marinette disifatkan menjadi satu-satunya flotila dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang masih meneruskan pelayaran ke perairan Gaza.

Itu perkembangan terkini yang diperoleh Kosmo! menerusi paparan sistem Tracker Untuk Sumud Nusantara yang memperlihatkan kapal itu sedang belayar melintasi zon kuning sebelum memasuki zon merah.

Mengikut paparan skrin tu, kapal Marinette kini berada kira-kira 80 batu nautika dari Gaza dan 10 batu nautika dari lokasi Israel mula memintas bot lain dalam flotila terbabit.

Bagaimanapun, tiada aktivis Malaysia dilaporkan berada di atas kapal itu.

Marinette yang menghadapi masalah mekanikal sebelum ini telah ketinggalan di belakang kumpulan utama armada.

Terdahulu, kesemua kapal lain dalam flotila tersebut dipintas dan ditunda ke pelabuhan Ashdod oleh tentera laut Israel dalam usaha menyekat sebarang cubaan memecahkan sekatan laut ke atas Gaza.

Kementerian Luar Negeri Israel sebelum ini mengeluarkan amaran keras menyatakan jika Marinette menghampiri Gaza, ia juga akan dihalang atas alasan keselamatan memandangkan kawasan tersebut diisytiharkan sebagai zon konflik aktif.

Global Sumud Flotilla menyifatkan misi mereka sebagai usaha kemanusiaan untuk menyampaikan bantuan terus ke Gaza yang kini berdepan krisis kemanusiaan kritikal akibat sekatan berpanjangan dan serangan berterusan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI