fbpx
Janna menyelar tindakan segelintir individu yang mempertikaikan tindakan beberapa sukarelawan wanita yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Palestin.

‘Siapa pertikai kenapa perempuan pergi, kalian memang bodoh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selebriti Janna Nick menyelar tindakan segelintir individu yang mempertikaikan tindakan beberapa sukarelawan wanita yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Palestin.

Menurut Janna atau nama penuhnya Nurul Jannah Muner, 30, individu yang membuat kenyataan dengan mempersoal keputusan golongan wanita menyertai misi kemanusiaan disifatkan sebagai tidak sepatutnya berlaku.

“Celakalah siapa yang mempertikai kenapa perempuan pergi. Siapa komen negatif tentang perjuangan aktivitis ini semua, kalian memang bodoh.

“Kalau tak mampu nak buat kebaikan, jangan pertikai usaha, kebaikan dan pengorbanan lain,” katanya dalam platform Threads hari ini.

Dalam pada itu, dia juga melahirkan rasa kecewa dengan tanggapan sebegitu disuarakan oleh individu dikenali ramai.

“Kau ingat mereka buat siaran langsung dekat TikTok seronok-seronok ke?

“Kalau dulu ada mak cik cakap ‘saya tak boleh duduk dengan orang B40’

“Hari ini saya nak cakap ‘saya tak boleh duduk dengan orang T20 tapi bodoh sombong’, tolonglah jijik!” ujarnya.

Sejak semalam, nama pereka fesyen tanah air, Datuk Rizalman Ibrahim apabila dia dikatakan memuat naik posting yang ‘menyentuh’ mengenai kepentingan wanita ditemani mahram dalam apa jua perjalanan.

Perkara tersebut mencetuskan rasa kurang senang netizen selain menyifatkan Rizalman tidak sensitif dengan isu semasa.

Semalam, kesemua 23 sukarelawan Malaysia yang terlibat dengan GSF ditahan ketika berlayar di zon merah sebelum memasuki perairan Gaza.

Antara yang ditahan ialah selebriti tanah air iaitu Ardell Aryana, Zizi Kirana, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi.

Hari ini, Kosmo! Online melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia sedang melaksana sehabis usaha untuk membebaskan semua sukarelawan Malaysia dalam misi (GSF) yang ditahan Israel.

Anwar turut memaklumkan, proses negosiasi diplomatik beliau dengan negara besar seperti Presiden Turki, Qatar dan menghubungi Setiausaha AS telah dibuat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI