BERA – Nelayan dan pemancing mendesak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang menyebabkan pencemaran Sungai Bera hingga mengakibatkan ribuan hidupan air mati. Mereka mendakwa, kejadian itu berulang hampir setiap tahun tanpa penyelesaian menyeluruh apatah lagi kejadian kali ini merupakan paling serius pernah berlaku. Seorang pemancing, Abdul Ghafar Abdul Ghani, 48, berkata, pencemaran mengakibatkan pelbagai spesies ikan seperti baung, patin dan lampam mati serta timbul di kawasan Lubuk Tembangan. “Saya terkejut apabila mendapati ribuan ikan mati ketika…