PETALING JAYA – Keluarga sukarelawan Malaysia yang menyertai konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) merayu agar semua aktivis yang ditahan rejim Zionis ketika berada di zon merah semalam, diselamatkan segera. Kesemua 23 sukarelawan Malaysia ditahan selepas kapal yang dinaiki dikepung dan diserbu tentera laut Israel di perairan antarabangsa, malah ada kapal flotila yang dibedil meriam air. Ketika ini, mereka langsung tidak mengetahui status dan keadaan terkini isteri, suami, anak serta ahli keluarga masing-masing dan di mana lokasi mangsa telah ditahan. Setiap……