fbpx
SEBUAH bot flotila yang dipintas Israel tiba di Pelabuhan Ashdod, Israel semalam. - Foto AFP

Peserta flotila akan dihantar ke penjara Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEL AVIV – Semua peserta Global Sumud Flotilla (GSF)  yang diculik  tentera Israel di perairan antarabangsa  malam kelmarin dijangka  dipindahkan ke penjara yang terkenal dengan penyeksaan, lapor portal berita Radio Zapatista semalam.

Penjara Ketziot  yang terletak di Gurun Negev itu sudah lama menjadi lokasi berlakunya penderaan berulang terhadap tahanan Palestin.

Pada 2021, rakaman video muncul menunjukkan berpuluh-puluh warga Palestin diikat dan dihumban ke tanah manakala pengawal-pengawal Israel menendang dan menumbuk mereka secara bergilir-gilir. 

Pada  2023, seorang tahanan Palestin berusia 38 tahun dipukul hingga mati oleh sekumpulan pengawal yang memakai topi keledar untuk menyembunyikan wajah mereka. 

Thaer Abu Asab dilaporkan menerima pukulan begitu kuat sehingga  ‘kepingan’ tengkoraknya jatuh ke lantai dan darah memenuhi lantai bilik, demikian menurut saudara kandung lelakinya. 

Seramai 19 pengawal disiasat, namun tiada seorang pun didakwa. 

Lima pengawal  hanya dipindahkan ke unit lain.

Dalam perkembangan berkaitan, Media Novara menyatakan kebimbangan khusus terhadap keselamatan wartawannya, @Kieran_Andrieu.

Dia ialah  wartawan Britain berketurunan Palestin yang mempunyai enam adik-beradik tinggal di Tebing Barat.

Media Novara bimbang kesihatan dan nyawanya berada dalam bahaya jika peserta flotila dipindahkan ke Penjara Ketziot.

Menurut agensi berita AFP, lebih 400 aktivis pro-Palestin yang menaiki 41  kapal GSF telah ditahan oleh pasukan tentera laut Israel.

Seramai 23 rakyat Malaysia menyertai flotila itu turut ditahan. 

Mereka dijangka ditahan beberapa hari disebabkan cuti perayaan Yahudi, Yom Kippur, bermakna Israel tidak akan memulakan pengusiran sehingga Isnin atau Selasa ini. – AGENSI/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI