fbpx
Fadil pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Op PUU: Lebih 7,000 saman dikeluarkan dalam tempoh 2 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 7,013 saman dikeluarkan menerusi Op Patuh Undang-Undang (PUU) yang dilaksanakan bermula 1 Oktober lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, tindakan itu diambil bagi memastikan pengguna jalan raya sentiasa patuh kepada undang-undang sedia ada.

Katanya, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemandu atau penunggang motosikal yang masih berdegil melakukan kesalahan.

“Ia termasuk memandu laju, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, melanggar lampu isyarat merah serta tidak memakai tali pinggang keledar dan tidak memakai topi keledar.

“Setakat semalam, sebanyak 6,758 saman dikeluarkan oleh PDRM manakala Jabatan Pengangkutan Jalan (215) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (40),” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Fadil berkata, tindakan penguatkuasaan penuh dengan mengeluarkan saman itu dijalankan selepas pelaksanaan kempen advokasi bermula 6 hingga 30 September lalu.

Katanya, kempen itu bertujuan memberi kesedaran tentang kepentingan keselamatan jalan raya selain mendidik masyarakat supaya mematuhi undang-undang.

“Hasil pelaksanaan kempen advokasi tersebut, sebabyak 76,939 notis amaran telah dikeluarkan dengan kesalahan halangan lalu lintas direkodkan paling tinggi iaitu 33,421 notis.

“Bila kita lihat angka ini, ia sesuatu yang sangat membimbangkan. Bayangkan jika notis itu ditukarkan kepada saman,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, PDRM menyeru orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang demi keselamatan diri, keluarga dan pengguna jalan raya yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI