fbpx
Tangkap layar video menunjukkan kereta Rolls-Royce dipandu di sekitar Makassar dengan nombor plat palsu. - TikTok

Lelaki pandu Rolls-Royce guna nombor plat palsu 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang lelaki di wilayah Sulawesi Selatan disaman selepas dirakam memandu kereta Rolls-Royce dengan memasang nombor pendaftaran palsu, lapor laman berita Kompas semalam. 

Pengarah Trafik Polis Wilayah Sulawesi Selatan, Pesuruhjaya Kanan Karisman berkata, pihaknya telah mengambil tindakan ke atas pemandu kereta mewah itu. 

“Pemandu tersebut dikenal pasti sebagai seorang ahli perniagaan bernama Arifuddin Jufri,” katanya. 

Saman itu dikenakan selepas satu klip video tular memaparkan kereta berharga  berbilion-bilion rupiah tersebut dipandu di sekitar Jalan A. P. Pettarani, Makassar dengan memakai nombor plat ‘DD 1 EDY’. 

Susulan kejadian itu, Arifuddin membuat permohonan maaf di media sosial. 

“Saya Arifuddin Jufri ingin memohon maaf kerana memandu kereta Rolls-Royce sambil menggunakan nombor plat palsu,” katanya di dalam video. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI