fbpx
Keadaan kecederaan yang dialami Sulizmie Affendy pada 11 September lalu.

Kertas siasatan OCPD Dang Wangi cedera dirujuk ke AGC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis sudah menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung kes kekecohan sehingga menyebabkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi cedera ketika operasi pengosongan bangunan di Kampung Sungai Baru, di sini, 11 September lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata, cadangan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 353, Seksyen 186 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Kita sudah proses semua bukti yang ada dan lengkapkan siasatan serta sudah dihantar kepada AGC.

“Jadi kita tunggu arahan selanjutnya sama ada kita akan tuduh mana-mana berkaitan mengikut seksyen berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan seramai lapan individu ditahan susulan insiden berkenaan menyebabkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman cedera akibat dibaling objek keras. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI