fbpx
Ribuan peserta Himpunan Sumud Flotilla berarak menuju ke Kedutaan Ameria Syarikat di Kuala Lumpur hari ini.

Kedutaan AS sedia terima memorandum bantahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Wakil kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia menyatakan kesediaan menerima memorandum bantahan berhubung tindakan Israel terhadap aktivis Global Sumud Flotilla (GSF).

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, beliau telah dihubungi wakil kedutaan AS dimana serahan memorandum berkenaan dilakukan sekitar pukul 3 petang tadi.

“Hanya dua individu saja dibenarkan masuk (ke premis kedutaan) termasuk Pengerusi Biro Antarabangsa, PKR Dr Maszlee Malik.

“Mereka (wakil kedutaan AS) juga bersedia mendengar tuntutan kita dan akan menyerahkan memorandum daripada rakyat dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGI) termasuk Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim),” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Terdahulu, ribuan peserta Himpunan Sumud Flotilla mula berkumpul di Bangunan Tabung Haji, di sini sekitar pukul 2 petang sebelum berarak menuju Kedutaan AS.

Tinjaun di lokasi mendapati, hujan lebat tidak melunturkan semangat rakyat Malaysia untuk berhimpun bagi menyatakan solidariti buat penduduk Gaza di Palestin.

Semalam, Kosmo! melaporkan Kedutaan AS enggan menghantar wakil untuk mengambil memorandum itu di atas alasan faktor keselamatan namun memberi jaminan memorandum tersebut akan diambil kemudian.

Memorandum itu antara lain menuntut pembebasan aktivis GSF yang ditahan Israel termasuk menggesa AS menggunakan pengaruhnya untuk menghentikan kekejaman terhadap penduduk Palestin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI