fbpx
TANGKAP layar penstriman langsung semalam menunjukkan peserta di atas sebuah kapal GSF. – AFP

Israel usir 4 aktivis flotila Itali, peserta lain masih ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISTANBUL – ​Empat aktivis Itali darIpada Global Sumud Flotilla(GSF) telah diusir keluar, kata Kementerian Luar Israel hari ini, manakala ratusan peserta GSF lain masih ditahan oleh Rejim Zionis, lapor agensi berita Anadolu.

​Dalam satu kenyataan di laman X, kementerian itu berkata, prosedur sedang dijalankan untuk memuktamadkan pengusiran aktivis GSF.

“Empat warga Itali telah pun diusir dan yang lain sedang dalam proses untuk diusir,” kata kementerian sama.​

Kementerian itu tidak menyiarkan nama mereka yang telah dihantar pulang.

​Tentera laut Israel menyerang dan merampas kapal-kapal GSF semalam serta menahan lebih 450 aktivis dari lebih 50 negara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI