fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat, ribut petir hingga 3 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia menerusi satu kenyataan berkata, amaran cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga 3 petang ini.

“Antara kawasan yang dijangka terjejas adalah seluruh negeri Perlis manakala di Kedah adalah Langkawi, Kubang Pasu dan Padang Terap.

“Selain itu, seluruh negeri Pulau Pinang serta Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Bagan Datuk, Hilir Perak di Perak,” ujarnya.

Amaran berterusan di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang, Terengganu serta Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.

Seterusnya, seluruh kawasan di negeri Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka turut terjejas dalam cuaca buruk itu manakala di Johor adalah Tangkak, Segamat, Muar, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Bagi negeri Sarawak, Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Limbang (Lawas) serta Pedalaman (Sipitang) di Sabah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI