fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat, ribut petir 12 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan 12 negeri sehingga 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dilanda cuaca buruk.

“Di Kelantan kawasan yang diramal hujan lebat adalah Machang, Pasir Puteh dan Gua Musang.

“Selain itu, seluruh negeri Terengganu dan Pahang turut diramal cuaca yang sama,” katanya.

“Di Selangor, hanya daerah Sabak Bernam sahaja diramal hujan selain seluruh negeri Johor turut diramal cuaca yang sama,” ujarnya.

Bagi negeri Sarawak, hujan diramal di Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Pakan, Sarikei dan Julau), Sibu (Kanowit), Mukah (Tanjung Manis), Kapit (Song), Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Di Sabah, ribut petir turut dijangka di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI