fbpx
Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Anwar dan Mohd. Khalid di Istana Bukit Tunku.

GSF misi kemanusiaan murni – Sultan Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menegaskan Global Sumud Flotilla (GSF) merupakan misi kemanusiaan murni dalam usaha membantu golongan kelaparan termasuk warga emas, wanita dan kanak-kanak.

Baginda bertitah, para sukarelawan yang terlibat dalam misi itu, termasuk rakyat Malaysia, sanggup menggalas risiko serta cabaran demi membawa mesej kemanusiaan ke peringkat antarabangsa.

“GSF ini adalah contoh semangat persaudaraan tanpa batas dalam membantu mereka yang benar-benar memerlukan bantuan.

“Mereka hanya dalam misi kemanusiaan membawa bekalan makanan, namun dihalang dan ditahan. Ini bertentangan dengan nilai kemanusiaan sejagat,” titah Baginda menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah, Baginda turut mendapatkan taklimat terkini mengenai perkembangan GSF termasuk usaha kerajaan dalam membebaskan sukarelawan rakyat Malaysia yang terlibat.

“Semoga setiap usaha murni yang sedang dilakukan serta digerakkan kerajaan dalam membantu sukarelawan rakyat kita dipermudahkan dan dilindungi Allah Subhanahu Wa Ta’ala,” titah Baginda.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Turut hadir, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI