fbpx
Keadaan gudang yang terbakar di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor hari ini.

Empat balai bomba padam kebakaran gudang kitar semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Empat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran sebuah gudang kitar semula di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang di sini, hari ini.

Selain BBP Pelabuhan Klang, operasi itu turut melibatkan BBP Pulau Indah, Sri Andalas dan Klang Utara.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.47 pagi.

“Seramai 24 anggota bersama jentera dikejarkan ke lokasi dan pemeriksaan mendapati kebakaran melibatkan longgokan kertas yang diproses di dalam gudang berkenaan.

“Api di bangunan kelas A berkeluasan 100 x 500 kaki persegi itu berjaya dikawal pada pukul 7.42 pagi,” katanya hari ini.

Tambah beliau, kerja-kerja pemadaman masih diteruskan pihaknya bagi memastikan api dapat dipadam sepenuhnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI