fbpx
Azmi memeriksa kawad perbarisan pada majlis tersebut hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

Bot baharu penting kawal penyeludupan guna sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Pasukan Polis Marin (PPM) khususnya memerlukan aset baharu terutama bot dalam mengekang penyeludupan barangan atau kontraban termasuk di kawasan sungai.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya mendapati sindiket penyeludupan menggunakan kapal besar sebelum diagihkan kepada tongkang dan sampan kecil.

Tegasnya, sindiket kemudiannya akan masuk melalui pelabuhan atau pangkalan persendirian yang merupakan cabaran dihadapi pihaknya.

“Ini merupakan cabaran utama penguat kuasa. Kemasukan barangan yang lari dari cukai itu menggunakan modus operandi sebegini.

“Sebab itu kita perlukan aset yang cukup baik untuk kawal kawasan pantai dan sungai ini,” katanya selepas menyempurnakan Sambutan Peringatan Hari Ulangtahun ke-78 Pasukan Polis Marin di Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Pulau Indah, di sini hari ini.

Jelasnya, PPM berperanan mengawal keselamatan dibawah 12 batu nautika melibatkan persisiran pantai, sungai dan tasik.

Justeru katanya, penambahbaikan atau tambahan bot-bot PPM perlu diberikan perhatian yang sangat tinggi oleh kerajaan.

“Pada setengah-setengah kita ini, beranggapan bahawa sungai ni bukanlah satu perkara yang penting untuk dijaga.

“Tetapi, kalau kita bercakap tentang Sabah dan Sarawak, sungainya merupakan keluasan yang memerlukan teknologi yang tinggi untuk kita menjaga dia punya keselamatan itu,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, PPM berjaya merampas lebih daripada RM400 juta dalam tempoh sembilan bulan pada tahun ini sahaja seterusnya menunjukkan kekuatan dan kesiapsiagaan pasukan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI