fbpx
ANGGOTA APM memantau keadaan banjir di daerah Kubang Pasu, hari ini. - Foto ihsan APM Kedah

29 rumah di Kubang Pasu terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JITRA – Sebanyak 29 rumah di empat kampung dalam mukim Naga dan Malau dilaporkan terjejas akibat banjir sehingga pukul 8 malam ini.

Empat kampung terlibat adalah Kampung Muhibbah, Kampung Paya Tok Teh, Kampung Tengah Malau dan Kampung Kemunting Baru.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd. Adenin Suhaimi berkata, kejadian banjir berlaku di kawasan terlibat susulan hujan lebat mulai pukul 2 petang tadi.

“Kawasan paling teruk terjejas setakat ini adalah Kampung Muhibbah melibatkan 15 rumah diikuti Kampung Tengah Malau 12 rumah dan masing-masing satu rumah di Kampung Paya Tok Teh dan Kampung Kemunting Baru.

“Paras air di Kampung Muhibbah, Kampung Tengah Malau dan Kampung Kemunting Baru menunjukkan trend menurun, namun paras air di Kampung Paya Tok Teh dalam trend menaik,” katanya di sini hari ini.

Katanya, jumlah mangsa terlibat masih dalam bancian.

“Setakat ini tiada pusat pemindahan sementara yang dibuka. Keadaan ketika ini masih hujan, namun terkawal serta tiada mangsa yang cedera,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI