fbpx
Tangkap layar video siaran langsung Ardell sebelum terputus hubungan dengan pihak SNCC.

[VIDEO] Sumud Flotilla: Korang dorang dah datang korang – Ardell

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Korang! Dorang dah datang korang dorang dah datang. Saya akan jadi orang terakhir yang akan campak telefon ke laut,”

Demikianlah kata-kata terakhir pelakon Ardell Aryana dalam siaran langsung di TikTok sebelum ia terhenti dan terpadam secara tiba-tiba.

Sebelum itu, Ardell dalam siaran langsungnya memaklumkan kapalnya iatu Mikeno yang sedang dalam pelayaran menuju ke Gaza telah dipintas dan dikepung oleh zionis Israel.

“Allah bersama kami, kami serahkan semuanya kepada Allah. Dekat sebelah sana mungkin kawan-kawan kami dah kena pintas.

“Saya tak tahu berapa ramai komando Israel, tapi mungkin kali ni ramai sebab bilangan kami pun ramai,” katanya.

Disebabkan dirinya telah ditugaskan untuk membuat siaran langsung kecemasan bagi memaklumkan tentang serangan ke atas kapalnya, Ardell menjadi orang terakhir yang membuang telefon ke laut.

Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) juga memaklumkan pihaknya telah terputus hubungan dengan Ardell setakat pukul 2.40 pagi (waktu Malaysia).

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan lapan peserta Global Sumud Flotilla dari Malaysia yang berada di kapal Alma, Sirius dan Huga telah ditahan oleh tentera Israel.

Empat peserta yang berada di atas kapal Sirius telah memuat naik video mesej kecemasan iaitu Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin dan Rusydi Ramli.

Sementara itu di kapal Alma, tiga peserta Malaysia iaitu Iylia Balqis, Musa Nuwayri dan Sul Aidil juga memuat naik video mesej kecemasan yang sama.

Di kapal Huga, dilaporkan Zizi Kirana juga memuat naik video kecemasan bagi memaklumkan dirinya telah ditahan zionis Israel. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN