fbpx
Tangkap layar video TikTok yang dimuat naik Haroqs mengenai situasi terkini kapal pelayarannya.

[VIDEO] Enam jam lagi nak sampai Gaza, doakan – Haroqs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Salah seorang peserta Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali sebagai Haroqs memaklumkan kapalnya masih berlayar menuju ke Gaza.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok, Haroqs berkata kapal Free Willy dinaikinya masih terselamat daripada sebarang gangguan rejim Zionis setakat pukul 4.41 pagi (waktu tempatan).

Katanya, lebih kurang enam jam lagi para sukarelawan di atas kapalnya dijangka tiba di bumi Gaza jika tiada sebarang pemintasan berlaku.

“Kami masih meneruskan pelayaran, doakan kami agar mereka (Israel) tidak nampak kami. Berbaki enam jam lagi untuk sampai ke Gaza jika tiada halangan.

“Ada dua bot datang kepada kami dengan sangat laju, janganlah bagi mereka datang kepada kami. Teruskan berdoa, kami perlukan doa anda,” katanya.

Haroqs juga menjadi saksi kapal-kapal flotila berhampirannya disembur air kuat oleh tentera Israel ketika pemintasan berlaku.

Selain Haroqs, dua lagi sukarelawan Malaysia turut berada di atas kapal Free Willy iaitu Haikal Abdullah dan Dr Taufiq Razif.

Terdahulu, GSF dalam kenyataan melaporkan sebanyak 13 buah kapal telah dipintas oleh Israel sekali gus tidak dapat meneruskan pelayaran ke Gaza.

Empat buah kapal iaitu Alma, Hio, Huga, Sirius dan Grande Blu yang membawa seramai 12 sukarelawan Malaysia juga dipintas serta diceroboh tentera Israel ketika pelayaran berlaku.

Setakat ini sukarelawan Malaysia yang berada dalam tahanan Israel ialah Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin, Rusydi Ramli, Iylia Balqis, Musa Nuwayri dan Sul Aidil.

Selain daripada itu termasuklah Zizi Kirana, Farah Lee, Danish Nazram, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi.- KOSMO! ONLINE

@haroqscrazyUpdate dari kami 4:41 am !! teruskan berdoa !! kami perlukan doa kalian !! 6 jam lagi nak sampai ke bumi G

♬ i was only temporary – my head is empty

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI