fbpx
Rakaman CCTV pada kapal-kapal GSF.

Wujud kemungkinan sukarelawan flotila ditahan, dibawa ke darat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Pusat Kawalan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) menjangkakan sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan Israel sejak 20 jam lalu mula dipindahkan ke darat untuk tindakan seterusnya.

Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr. Sani Araby Abd. Alim Araby berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan kelibat beberapa kapal seperti
Sirius dan Estrella yang dilihat mula memasuki Pelabuhan Ashdod di Israel.

“Laporan mengesahkan melihat kapal-kapal seperti Sirius dan Estrella mula masuk ke Pelabuhan Ashdod di Ashkelon.

“Jadi, untuk kesemua mereka ini, kita telah buat satu keputusan selepas 20 jam yang mana yakin bahawa mereka sudah mula dipindahkan.

“Secara terperinci belum lagi adakah itu rakyat Malaysia (atau sebaliknya), tetapi melihat kepada kapal yang mula masuk, kita jangkakan antara yang sampai dahulu ialah Alma dan Sirius,” katanya pada sidang akhbar khas di sini tadi.

Untuk rekod, kapal Alma dinaiki oleh Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil.

Manakala, kapal Sirius pula dinaiki Haikal Abdullah, Muaz Zainal dan Zulfadhli.

Sementara itu, kapal Estrella pula dinaiki oleh Pencetus Ummah Rahmat, Norhelmi, Mohd. Asmawi dan Norazman.

Jika diimbas, satu kawasan di Ashdod yang terletak di pesisir pantai Israel menjadi
lokasi utama menahan dan menurunkan aktivis flotilla sebelum proses soal siasat, tahanan sementara atau deportasi dilaksanakan.

Sebelum ini, kapal Mawi Marmara yang disera g Israel pada 2010 telah dibawa ke Ashdod yang mana menjadi lokasi sukarelawan ditahan serta disoal siasat sebelum ada dihantar pulang.

Selain itu, antara misi lain yang dipintas Israel dan dibawa ke Ashdod ialah Flotilla 2011, Flotilla 2012 dan Women’s Boat to Gaza pada 2016. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI