fbpx
Ahmad Sany bercakap pada sidang akhbar di Sumud Nusantara Command Center di Sepang - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

Sumud Flotilla: Lima rakyat Malaysia tiba di tanah air petang esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Lima rakyat Malaysia dan seorang rakyat Brunei yang bernaung di bawah Sumud Nusantara, Global Sumud Flotilla (GSF) dijangka tiba di tanah air petang esok.

Difahamkan, mereka akan diterbangkan dari Athens, Greece ke Malaysia sebelum menyambung tugas di Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), di sini.

Sementara itu, salah seorang daripada mereka, Tuan Mohamad Asri Tuan Hussein memaklumkan, beliau dan peserta lain akan terbang ke tanah air malam ini.

“Kami dijangka tiba di tanah air petang esok (Jumaat),” katanya yang juga Pengarah Media Muslim Care Malaysia.

Beliau memaklumkan, sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), mereka akan terus ke Pusat Kawalan Operasi Sumud Nusantara (SNCC).

Selain Tuan Mohd Asri, rakyat Malaysia lain yang pulang termasuk Abdul Rahim Azhari, Muhammad Khairin Afiq Mohd Subkhi, Ahmad Safuan Ujar, Nur Ilham Fansuri Zainal Rashid dan warga Brunei, Rezahmaisalamah Md Yusof. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI