fbpx
Status terkini pada sistem Tracker Untuk Sumud Nusantara memaparkan kapal All In berjaya memasuki zon merah 2 pada pukul 4.30 pagi tadi. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

Sumud Flotilla: Kapal All In dari Barcelona pertama masuk zon merah 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG- Kapal All In yang berasal dari Barcelona dilaporkan menjadi armada pertama misi Global Sumud Nusantara (GSF) yang berjaya memasuki zon merah dua pada pukul 4.30 pagi tadi.

Berdasarkan maklumat terbaharu dipaparkan sistem Tracker Untuk Sumud Nusantara, kapal itu berjaya mendahului konvoi bagi memasuki zon merah 2 dengan kelajuan 2.2 knot.

Sementara itu, turut berada berhampiran dengan zon merah 2 ialah kapal Metaque dari Tunis dan kapal Ohwayla dari Barcelona.

Untuk rekod, sekiranya konvoi GSF berjaya melepasi zon merah 2, jarak misi kemanusiaan itu hanya dipisahkan sejauh 66.6 batu nautika dari Gaza.

Sementara itu, berdasarkan pengiraan jarak, kesemua kapal terlibat dijangka tiba di zon merah 3 yang merupakan sempadan perairan terakhir kira-kira pukul 12.29 tengah hari nanti jika tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Konvoi GSF dijadualkan tiba di perairan wilayah Gaza pada pukul 6 petang waktu Malaysia, sekiranya tiada halangan dari Israel. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI