SEPANG – Tiga kapal dinaiki sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) Malaysia dilaporkan masih berada pada status ‘hilang hubungan’ ketika ini, sekali gus tidak menunjukkan sebarang petunjuk terkini mengenai keadaan mereka.
Itu antara perkembangan terbaharu diterima Kosmo! berdasarkan paparan terkini yang dipaparkan pada sistem Tracker Untuk Sumud Nusantara.
Ketika ini, tiga kapal yang masih terputus hubungan melibatkan kapal Estrella dinaiki Pencetus Ummah Rahmat, Norhelmi, Mohd. Asmawi dan Norazman.
Turut kekal berada pada status sama ialah kapal Mikeno dinaiki Ardell dan Inana disertai Razali Awang.
Dalam perkembangan sama, enam kapal GSF dinaiki sukarelawan Malaysia kekal berada pada satus ‘dipintas’ selepas ditahan Israel bermula awal pagi tadi.
Kapal itu melibatkan Alma, Sirius, Huga, Grande Blue, Hio dan Free Willy.
Antara sukarelawan yang berada di dalam kapal berkenaan termasuklah Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Farah Lee, Zizi Kirana, Haroqs, Dr. Taufiq, Muaz Zainal dan Haikal Abdullah. – KOSMO! ONLINE