fbpx
TANG JIE (kiri) dan Ee Wei perlu belajar menerima kekalahan dengan hati terbuka selepas muncul juara dunia tahun ini.

Status juara dunia bukan jaminan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MESKIPUN sudah melakar sejarah gemilang bergelar juara dunia, namun ia belum cukup untuk memuaskan hati ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto sambil menuntut peningkatan kualiti permainan daripada Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

Beregu No. 4 dunia itu mencipta sejarah pada Ogos lalu apabila menoktahkan gelaran dunia di Paris, Perancis sebelum melengkapkan prestasi cemerlang dengan muncul naib juara Masters China yang berstatus Super 750.

Bagi Nova, pencapaian tersebut hanyalah permulaan kepada cabaran lebih besar dan beliau mahu anak-anak buahnya mengekalkan tahap permainan tertinggi secara konsisten, bukan hanya dalam satu atau dua kejohanan sahaja.

“Memang betul kualiti mereka semakin baik, di gelanggang pun bila ketinggalan mereka lebih tenang dan komunikasi juga semakin mantap.

“Tetapi saya mahu mereka konsisten, bukan hanya satu atau dua kejohanan. Karakter juara itu mesti sentiasa nampak,” kata Nova.

Dalam masa sama, Nova mengingatkan supaya belajar menerima kekalahan dengan hati terbuka sebagai sebahagian daripada proses menjadi pemain elit.

Katanya, mereka masih cenderung hilang fokus selepas tewas dan aspek itu perlu diperbaiki dengan semangat untuk bangkit semula.

“Kalau kalah, saya selalu pesan jangan cepat putus asa… kena terima, terus kembali berlatih dan cuba lagi,” katanya.

Beregu No. 1 negara itu berdepan jadual Eropah bulan depan bermula Terbuka Denmark pada 14 hingga 19 Oktober, Terbuka Perancis (21 hingga 26 Oktober) serta Terbuka Hylo pada 28 Oktober hingga 2 November ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI