fbpx
Shazeli (tengah) menyaksikan serahan dokumen antara Shamsudin (kanan) dan Shahrulnizam (kiri) pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, hari ini.

Shamsudin Mamat Ketua Polis Daerah Petaling Jaya baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah Asisten Komisioner Shamsudin Mamat dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya berkuatkuasa hari ini.

Shamsudin mengambil alih jawatan daripada Senior Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar yang kini dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan), Bahagian Perkhidmatan Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya disaksikan Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar.

Dalam ucapan, Shazeli berkata, dibawah kepimpinan Shahrulnizam beliau telah membawa pelbagai penambahbaikan yang memberi impak positif kepada pentadbiran dan pengoperasian pasukan.

“Kepimpinan beliau bukan sahaja menekankan aspek penguatkuasaan undang-undang, malah turut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan dengan masyarakat setempat, meningkatkan keberkesanan strategi pencegahan jenayah, serta memperkasa integriti dan disiplin warga IPD Petaling Jaya,” katanya.

Jelasnya, antara kejayaan yang cukup signifikan di bawah kepimpinan beliau ialah kelulusan pembinaan IPD Petaling Jaya yang baharu di tapak yang sama, yang telah mendapat kelulusan di Parlimen.

“Pencapaian ini amat bermakna kerana ia bakal memperkukuh keupayaan operasi pasukan serta menyediakan kemudahan prasarana yang lebih kondusif untuk warga IPD Petaling Jaya,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut percaya kepimpinan baharu yang diterajui Shamsudin mampu memperkukuh keberkesanan pasukan di IPD Petaling Jaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI