REMBAU – Pihak berkuasa dan kementerian mengawal rapi kawasan sekolah yang terlibat dalam insiden seorang murid ditemui meninggal dunia dalam sebuah tandas semalam.
Tinjauan pemberita di sekolah kira-kira pukul 11.30 mendapati pintu masuk sekolah dikawal rapi oleh pengawal keselamatan serta pergerakkan keluar masuk kenderaan Kementerian Pendidikan.
Difahamkan pihak berkuasa serta pihak hospital telah hadir ke sekolah seawal pukul 8 pagi bagi menjalankan siasatan lanjut.
Sementara itu, orang awam yang ditemui yang hanya ingin dikenali sebagai Din berusia lingkungan 20an, dia yang ketika itu sedang bekerja di kedai terkejut melihat pihak polis serta ambulance berhampiran sebuah klinik di tempat kerjanya.
“Masa tu saya tak tahu kejadian apa, tapi bila dah tahu saya sedih sangat, lagi-lagi bila nampak ibu mangsa dalam keadaan sugul semasa berjalan menuju ke klinik.
Malah, sejak kejadian itu berlaku juga, saya nampak banyak kenderaan polis keluar masuk ke taman ini.Mungkin membuat siasatan ke lokasi kejadian di sekolah di bahagian dalam taman,” katanya.-KOSMO! ONLINE