fbpx
Luna (kanan) ketika ditemui dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Sri Hartamas, semalam.

Saya takut ibu tahu saya kerja…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga asing sanggup menipu keluarga untuk berkerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) di Malaysia.

Wanita dikenali Luna, 25, yang berasal dari Vietnam berkata, dia pada awalanya memberitahu keluarga tujuannya datang ke Malaysia adalah sekadar melancong bersama rakan.

“Saya sudah berada di Malaysia sejak enam bulan lalu sebab kawan ajak kerja di sini. Tapi saya tak sangka saya akan kena tangkap.

“Saya takut ibu tahu saya kerja seperti ini (gadis pelayan),” katanya sambil menangis ketakutan ketika ditemui wartawan Kosmo! di sini semalam.

Sementara itu, seorang wanita dikenali Peash, 37, berasal dari Thailand berkata, dia yang bekerja sebagai penyanyi di sebuah pusat hiburan memperoleh bayaran sebanyak RM160 sehari.

“Sebelum ini saya kerja di tempat lain, baru tiga bulan menyanyi dekat sini,” jelasnya.

Dua wanita itu antara 41 individu yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur dalam serbuan membabitkan sebuah pusat hiburan dan karoeke di Sri Hartamas, di sini semalam.

Pengarah JIM Kuala Lumpur, Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata, premis itu mengenakan caj berdasarkan kalung antara RM100 hingga RM500 bagi setiap gadis pelayan.

“Mereka yang ditahan didapati melakukan pelbagai kesalahan antaranya menyalahgunakan pas, tinggal lebih masa selain tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI