fbpx
Ratusan peserta Himpunan Sumud Flotilla berkumpul di hadapan Kedutaan AS hari ini.

Protes penahanan Sumud Flotilla, ratusan berhimpun di Kedutaan AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Lebih 300 peserta Himpunan Sumud Flotilla membanjiri hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara hari ini bagi membantah tindakan Tentera Pertahanan Israel (IDF) menahan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF).

Orang ramai dilihat membawa sepanduk bertulis ‘Stop The Genocide’ dan ‘Israel Amerika Stop Starving Gaza’ di hadapan kedutaan terbabit bermula kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Tinjauan di lokasi turut mendapati, peserta melaungkan ‘hamba US’ sebagai tanda protes ke atas sekatan terhadap misi GSF.

Bagaimanapun, demontrasi dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu bertukar kecoh selepas berlaku ketegangan antara peserta dan pihak polis apabila laluan keluar masuk bangunan itu disekat.

Difahamkan, terdapat beberapa individu ditahan kerana melakukan provokasi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung penahanan terbabit ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, himpunan sama dijangka turut berlangsung sekali lagi di hadapan Kedutaan AS bermula pukul 4 petang ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI