fbpx
Pendaki berkenaan terkejut melihat keadaan khemah yg rosak tanpa diketahui pelakunya. - Instagram

Pendaki bingung khemah musnah secara misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang pendaki Gunung Slamet di wilayah Jawa Tengah kebingungan apabila khemah yang ditinggalkan ketika dia mendaki ke puncak diceroboh individu misteri, lapor laman berita iNews semalam.

Menurut hantaran yang dikongsikan di laman Instagram, lelaki dikenai sebagai  @mochamadansorr itu berkata, kejadian berlaku pada 22 September lalu.

“Sekitar pukul 3.35 pagi (waktu tempatan), saya meninggalkan kem di Champ Area untuk memulakan pendakian ke puncak.

“Namun, setelah menamatkan pendakian pada pukul 11.20 malam (waktu tempatan), saya kembali ke kem itu dan terkejut melihat khemah musnah,” katanya.

Selepas pemeriksaan lanjut, pendaki itu berkata, barangan peribadinya hilang termasuk peralatan mendaki dan beberapa barangan lain yang disimpan di dalam khemah.

@mochamadansorr kemudian cuba bertanya kepada pendaki lain yang berdekatan untuk mengetahui siapa yang memasuki khemahnya. Malangnya, tiada sesiapa mengatahui apa yang berlaku.

“Saya turut bertanyakan kepada pendaki lain yang sedang turun ke kem pangkalan tetapi saya belum menerima sebarang maklumat jelas mengenai pelaku atau kecurian itu,” katanya.

Hantaran itu menjadi tular di laman sosial dan menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial.

“Zaman sekarang, orang naik gunung bukan lagi yang sebenar-benarnya pencinta alam,” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI