fbpx
Satu lembaga berwarna putih dengan rambut panjang sedang berdiri di tepi jalan. - Radar Sulawesi

Pemandu menggigil, puntianak tunggu tepi jalan mahu tumpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang pemandu teksi di Muna, wilayah Sulawesi Tenggara mengalami detik menyeramkan apabila bertembung dengan susuk dipercayai puntianak ketika melalui sebatang jalan yang dikenali ramai sebagai ‘lokasi keras’, lapor laman berita Radar Sulawesi semalam.

Kejadian berlaku sekitar pukul 1 pagi (waktu tempatan), Selasa lalu di sebatang jalan di Kampung Bone Kancitala selepas pemandu bernama Yayat selesai menghantar penumpang.

Dalam video yang dikongsikan, dapat dilihat satu lembaga berwarna putih dengan rambut panjang sedang berdiri di tepi jalan.

“Astaghfirullahalazim. Astaghfirullahalazim,” kata Yayat sambil merakam video itu.

Menurut Yayat, bulu romanya berdiri tegak ketika melihat lembaga tersebut, namun dia memaksa diri untuk terus menekan pedal minyak.

Katanya lagi, jalan itu dikenali ramai sebagai sebuah lokasi yang kerap terjadi peristiwa menyeramkan, dengan pelbagai kisah misteri pernah diceritakan.

Video itu menjadi tular di laman sosial dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Menyeramkan. Mungkin puntianak itu mahu tumpang,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI