fbpx
Suasana sebak di pekarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau hari ini. Foto NOR AINNA HAMZAH/ KOSMO!

Murid maut akibat tekanan pada leher

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Bedah siasat terhadap murid berusia 10 tahun yang ditemukan tidak sedarkan diri di dalam tandas lelaki sebuah sekolah rendah di Senawang, di sini semalam mendapati punca kematian adalah akibat tekanan pada leher.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang kecederaan lain pada tubuh badan mangsa.

Menurutnya, siasatan juga turut membabitkan saksi kanak-kanak dan orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi sensitiviti kanak-kanak yang dilindungi di bawah peruntukan undang-undang.

“Setakat ini sebanyak 27 keterangan telah dirakam dan siasatan menyeluruh sedang dijalankan termasuk mengenal pasti punca tindakan sebelum kejadian sehingga kepada siasatan semasa mangsa dijumpai tidak sedarkan diri dalam tandas.

“Polis menggesa agar diberi ruang untuk menjalankan siasatan yang telus dan dilaksanakan dengan mengambil kira pematuhan terhadap sensitiviti kanak kanak.

“Ini kerana kanak-kanak dilindungi di bawah peruntukkan Undang Undang Akta Kanak Kanak 2001 dan siasatan juga melibatkan saksi kanak kanak,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hari ini polis mengklasifikasikan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 507 C Kanun Keseksaan iaitu membabitkan buli menggunakan komunikasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI