PETALING JAYA – Tidak sampai 24 jam Budi Madani RON95 (Budi95) dilancarkan, terdapat segelintir majikan di negara ini dikesan cuba mengaut untung dengan mengarahkan pekerja menggunakan kuota 300 liter petrol itu untuk kegunaan tugas-tugas syarikat. ‘Rompakan’ dalam diam itu ternyata memberi tekanan kepada golongan pekerja yang sepatutnya menggunakan kuota tersebut untuk urusan peribadi. Keadaan itu membimbangkan kerana pekerja mungkin terpaksa membeli petrol RON95 pada harga tinggi tanpa subsidi sekiranya kuota mereka habis digunakan untuk urusan syarikat. Seorang pekerja yang mahu……