fbpx
ALISSON (kiri) terpaksa dikeluarkan pada minit ke-56 dan digantikan oleh Giorgi Mamardashvili kerana masalah kecederaan. - AFP

Liverpool kalah lagi, jatuh ditimpa tangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISTANBUL – Liverpool menerima dua tamparan hebat secara serentak ketika mengalami kekalahan mengejut 0-1 kepada Galatasaray pada aksi kedua Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stadium Rams Park awal pagi semalam.

Selain mencatat kekalahan kedua berturut-turut, penjaga gol, Alisson Becker dan penyerang, Hugo Ekitike mengalami kecederaan yang mungkin menyebabkan dua bintang utama Liverpool itu tersisih untuk satu tempoh masa.

Ia sekali gus memberi cabaran tambahan buat pengurus Liverpool, Arne Slot memandangkan mereka bakal berhadapan dengan juara Piala Kelab Dunia 2025, Chelsea untuk aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge pada Ahad ini.

“Pemain sayap Galatasaray, Baris Yilmaz merasakan ada sentuhan dan saya tidak boleh menyalahkan Dominik Szoboszlai (kerana menghadiahkan penalti kepada Galatasaray). Mereka akhirnya berjaya menyudahkan penalti itu dengan baik

“Agak mengecewakan apabila kami gagal melunaskan misi memenangi perlawanan, namun ini adalah kekalahan berbeza berbanding apa yang kami alami ketika menentang Crystal Palace.

“Di babak kedua kami berdepan lebih banyak tekanan dan kami perlu berikan kredit kepada pasukan lawan,” kata Slot yang terpaksa akur melihat Victor Osimhen menyempurnakan penalti buat Galatasaray.

Slot turut menjelaskan situasi Ekitike yang merupakan penjaring terbanyak pasukan, masih belum jelas dan perlu menjalani ujian imbasan, namun Alisson hampir pasti terpaksa disisihkan menentang Chelsea.

“Mengenai Ekitike, dia masih ada harapan. Saya bimbang dengan keadaan Alisson, namun itulah yang berlaku dan kini 99.9 peratus dia tidak dapat bermain pada perlawanan dengan Chelsea,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI