fbpx
Pegawai kastam menemui 94 ikat rambut manusia yang disembunyikan di dalam bagasi suspek. - Krajowa Administracja Skarbowa

Lelaki dicekup seludup 15kg rambut manusia bernilai RM297,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WARSAW – Seorang lelaki warga Ukraine ditahan kerana cuba menyeludup 15 kilogram rambut manusia yang dianggarkan bernilai €60,000 (RM297,000 di sebuah lapangan terbang di Poland, lapor portal berita TVP World semalam. 

Suspek diberkas selepas tiba di Lapangan Terbang Krakow setelah menaiki pesawat dari Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE). 

“Suspek cuba melalui pintu masuk ‘tiada apa-apa untuk diisytiharkan’ dengan menyembunyikan rambut manusia di dalam kedua-dua bagasi yang dibawa,” kata seorang jurucakap agensi cukai dan duti Poland.

Pegawai kastam kemudian menemui 94 ikat rambut berasal dari Turkiye dan dipercayai digunakan dalam pembuatan rambut palsu atau rambut sambungan (hair extension) di salon-salon kecantikan. 

Rambut seludup itu dianggarkan bernilar sekitar €4,000 (RM19,750) setiap 1 kilogram. 

Pihak berkuasa masih menyiasat kes tersebut, manakala suspek berdepan denda yang berat kerana gagal mengisytiharkan barang tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI