fbpx
Fadhlina

KPM jamin kerjasama penuh siasatan kes kematian murid di Senawang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa berhubung siasatan kes kematian seorang murid sekolah di Senawang, Negeri Sembilan semalam.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya komited memastikan segala proses siasatan berjalan lancar selain menasihati masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden berkenaan.

“Kejadian ini sedang berada dalam siasatan pihak polis. Saya beri jaminan KPM komited untuk memberi kerjasama penuh kepada proses siasatan yang sedang berjalan.

“Masyarakat juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menghormati privasi keluarga murid pada waktu ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga murid terlibat serta memaklumkan KPM telah mengaktifkan intervensi sokongan psikososial dalam situasi krisis bagi memastikan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah terpelihara.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan polis mengklasifikasikan kes kematian murid berusia 10 tahun itu sebagai mempunyai kaitan dengan kes buli mengikut Seksyen 507C Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, mangsa ditemui tidak sedarkan diri di dalam tandas sekolah sebelum dihantar ke sebuah klinik swasta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI