fbpx
SEBELUM ditahan tentera Israel sekitar pukul 6 pagi tadi, Ardell Aryana sempat membuat satu siaran langsung berkongsi detik cemas di atas kapal ketika berdepan kehadiran tentera Israel.

Kami diseksa – Ardell Aryana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Kami diseksa.”

Itu perkataan yang diluahkan penyanyi Ardell Aryana dalam siaran langsung terakhirnya dimatikan dari kapal Mikeno apabila pengangkutan dinaiki dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) ditahan tentera Israel, pukul 6 pagi tadi.

Ardell atau nama sebenar, Nurul Hidayah Mohd Amin, 35, sebelum itu dilihat berzikir beberapa kali dalam video dikongsikan ketika pada masa sama kedengaran suara lelaki bercakap dipercayai suara tentera.

Dalam perkongsian terdahulu, Ardell sempat menceritakan detik cemas sewaktu usaha tentera Israel memutuskan semua talian internet konvoi yang menyertai misi bantuan yang sudah masuk zon merah menuju Gaza.

“Saya sedang cuba sorokkan telefon saya. Tentera Israel sedang memutuskan semua talian internet. Kami sedang cuba sambung secara luar talian.

“Saya cuma tunggu peluang untuk siaran langsung semula. Doakan kami dan rakan-rakan kami,” katanya dalam perkongsian tersebut.

Terdahulu, dia juga sempat berkongsi mesej daripada tentera Israel kepada flotila lain melalui signal radio di kapalnya mengugut untuk memenjarakan semua sukarelawan GSF.

Berdasarkan semakan, selepas ‘live’ sekitar pukul 6 pagi tadi, isteri kepada pelakon Nadzmi Adhwa itu tidak lagi mengemas kini sebarang hantaran baru.

Sehingga pagi tadi, akaun laman sosial Sumud Nusantara Official melaporkan seramai 15 sukarelawan Malaysia ditahan rejim Israel termasuk penyanyi Zizi Kirana, Heliza Helmi dan pempengaruh Hazwani Helmi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN