fbpx
TANGKAP layar penstriman langsung semalam menunjukkan peserta di atas sebuah kapal GSF. – AFP

Israel tahan 30 aktivis flotila Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEL AVIV – Tentera Israel memintas 13 buah kapal Global Sumud Flotila(GSF) yang belayar menuju Gaza  dan menahan kira-kira 200 aktivis kesemuanya, termasuk ramai peserta  dari Sepanyol serta Itali.

Perkara itu dinyatakan  jurucakap GSF Saif Abukeshek. Bagaimanapun, dalam kenyataan video yang disiarkan di laman Instagram beliau memberitahu bahawa, misi GSF ke Gaza masih diteruskan.

“Mereka bertekad. Mereka bermotivasi, dan mereka melakukan segala yang terdaya untuk memecahkan kepungan Israel pada awal pagi ini,” katanya.

Israel memintas kapal-kapal GSF kira-kira pukul 8.30 malam semalam di perairan antarabangsa.

Global Sumud Flotila (GSF) yang disertai kira-kira 45 kapal membawa ahli politik dan aktivis termasuk pempengaruh iklim Sweden,  Greta Thunberg belayar dari Sepanyol bulan lalu.

“30 kapal masih berlayar menuju ke Gaza, hanya 85 kilometer jauhnya, walaupun pencerobohan berterusan daripada  tentera laut  Israel,” kata GSF dalam satu kenyataan pukul  3.20 pagi (waktu tempatan) atau bersamaan 8.20 pagi waktu Malaysia. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI