fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat, ribut petir hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan negeri Perlis, Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia menerusi satu kenyataan berkata, amaran cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga 5 petang ini.

“Antara kawasan yang dijangka terjejas adalah seluruh negeri Perlis manakala di Kedah adalah Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling.

“Selain itu, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak serta keseluruhan negeri Terengganu,” ujarnya.

Amaran cuaca buruk itu berterusan di Tanah Tinggi Cameron, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin, Pahang serta beberapa daerah di Selangor iaitu Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Seterusnya, seluruh kawasan di Kuala Lumpur dan Putrajaya turut terjejas serta Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau di Negeri Sembilan.

MetMalaysia berkata, cuaca buruk diramalkan di Segamat, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, Johor.

Bagi negeri Sarawak, Kuching, Serian (Serian), Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong (Pusa, Betong dan Saratok), Sarikei (Pakan) dan Bintulu manakala di Sabah adalah Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI