fbpx
Armizan bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan My Gaya Month 2025 (MGM2025) di Pavilion Bukit Jalil. Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

Bot penumpang awam layak nikmati subsidi RON95

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju bahawa bot-bot penumpang awam yang mengunakan petrol RON95 turut layak mendapatkan subsidi sama ada di bawah Budi Madani RON95 (Budi95) atau Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) tertakluk kepada mekanisme yang akan dimaklumkan kelak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, perkara itu dipersetujui melalui perbincangan kementeriannya bersama Kementerian Kewangan baru-baru ini.

Beliau berkata, kerajaan amat prihatin dengan penduduk yang menggunakan bot sebagai mod pengangkutan utama khususnya di kawasan pulau dan sungai di Sabah dan Sarawak dan sebahagian kawasan di Semenanjung Malaysia.

“Secara dasarnya, perkara ini adalah tertakluk kepada bot-bot yang didaftarkan atas pemilik warganegara atau syarikat yang berdaftar.

“Kerajaan pada masa ini sedang bekerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan Negeri yang berkaitan, termasuklah Lembaga Sungai-sungai Sarawak dan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah mengenal pasti pemilik bot berdaftar,” katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan My Gaya Month (2025) di Pavilion Bukit Jalil di sini, hari ini.

Armizan berkata, buat masa ini kerajaan pada dasarnya telah bersetuju bahawa para pengusaha bot-bot penumpang awam akan mendapat manfaat Subsidi Petrol RON95.

“Sebagai langkah interim, para pengusaha bot-bot penumpang awam akan dibenarkan membuat tuntutan bayaran balik tunai. Justeru, pengusaha wajib untuk menyimpan dan mengemukakan resit pembelian rasmi.

“KPDN telah mengaktifkan Jawatankuasa Rayuan Sistem Kawasan Diesel Bersubsidi dengan perluasan skop meliputi pelaksanaan SKPS untuk melihat isu-isu berbangkit seumpama ini sebagaimana dalam pelaksanaan penyasaran subsidi diesel dahulu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI