Umum mengetahui bahawa musim hujan atau monsun merupakan waktu yang paling padu untuk mengilat di mana-mana tasik atau empangan di negara kita. Namun, ada satu waktu istimewa yang sering terlepas pandang oleh geng-geng pengilat iaitu ketika paras air tasik atau empangan rendah. Empangan Temenggor ini paras airnya tidaklah berubah dengan ketara berdasarkan musim panas atau hujan kerana dikawal secara sistematik di pintu air empangan. Bermakna air akan dilepaskan secara berkala untuk menghadapi musim hujan berpanjangan bagi mengelakkan air melepasi takat……