fbpx
Tangkap layar video dimuat naik di akaun Facebook Anwar.

Sumud Flotilla: Anwar giat berhubung, pastikan aktivis dibebaskan segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang giat berhubung dengan pihak berkepentingan termasuk saluran diplomatik dalam usaha memastikan sukarelawan dan aktivis Malaysia, ASEAN dan antarabangsa dibebaskan dengan segera.

Dalam hantaran di Facebook, Anwar memuat naik potongan video ketika beliau sedang berhubung dengan Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby.

“Malaysia akan mengambil segala langkah yang sah dan berasaskan undang-undang bagi menuntut pertanggungjawaban rejim zionis khususnya apabila warganegara kita terlibat.

“Keselamatan rakyat Malaysia menjadi keutamaan serta kita tidak akan sama sekali bungkam tatkala hak dan maruah mereka dicabuli,” tulisnya dalam hantaran yang berbeza.

Dalam masa yang sama Anwar turut mendoakan ahli keluarga semua aktivis dan sukarelawan agar terus diberi kekuaran dan ketabahan dalam menghadapi detik mencabar ini.

“Perkembangan setiap proses menuju pembebasan akan dimaklumkan dari masa ke masa.

“Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa agar semua tahanan, khususnya warga Malaysia, berada dalam keadaan selamat dan terpelihara,” katanya.

Terdahulu, GSF dalam kenyataan melaporkan sebanyak 13 buah kapal telah dipintas oleh Israel sekali gus tidak dapat meneruskan pelayaran ke Gaza.

Empat buah kapal iaitu Alma, Hio, Huga, Sirius dan Grande Blu yang membawa seramai 12 sukarelawan Malaysia juga dipintas serta diceroboh tentera Israel ketika pelayaran berlaku.

Setakat ini sukarelawan Malaysia yang berada dalam tahanan Israel ialah Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin, Rusydi Ramli, Iylia Balqis, Musa Nuwayri dan Sul Aidil.

Selain daripada itu termasuklah Zizi Kirana, Farah Lee, Danish Nazram, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi.

Sementara itu tiga lagi kapal yang turut membawa sukarelawan Malaysia iaitu Free Willy, Fair Lady dan Inana dilaporkan masih meneruskan pelayaran ke Gaza.

Bagaimanapun kapal Mikeno dinaiki Ardell Aryana dan Estrella dinaikk PU Rahmat dilaporkan terputus hubungan dan statusnya masih belum diketahui setakat ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI