fbpx
kapal flotila kemanusiaan antarabangsa GSF yang sedang menuju ke Gaza dirampas secara ganas oleh tentera laut Israel di perairan antarabangsa, malam tadi.

3 kapal dirampas tentera Zionis hanya 70 batu nautika dari Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan biadab rejim Zionis sekali lagi mengejutkan dunia apabila beberapa kapal flotila kemanusiaan antarabangsa yang dalam pelayaran menuju ke Gaza dirampas secara ganas oleh tentera laut Israel malam tadi.

Global Sumud Flotilla (GSF) dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku pukul 8.30 malam waktu tempatan (1 Oktober) apabila kapal Alma, Surius serta Adara dipintas dan dinaiki tentera Israel meskipun ia membawa aktivis dan bantuan kemanusiaan.

Lebih mengejutkan, sebelum menaiki kapal, tentera Israel didakwa merosakkan sistem komunikasi bagi menghalang isyarat kecemasan serta siaran langsung yang sedang dijalankan.

“Ini serangan haram ke atas aktivis tidak bersenjata di perairan antarabangsa. Kami menuntut semua kerajaan dan pemimpin dunia memastikan keselamatan dan pembebasan segera ke atas mereka yang ditahan,” kata kenyataan tersebut.

Difahamkan, hubungan komunikasi dengan beberapa kapal lain juga terputus menyebabkan penganjur kini bertungkus-lumus mengesan status peserta, anak kapal dan kemungkinan berlaku kecederaan atau korban jiwa.

Bagaimanapun, flotila itu masih belum lumpuh sepenuhnya.

Beberapa kapal lain yang berada kira-kira 70 batu nautika dari pesisir Gaza dilaporkan terus mara ke destinasi walaupun berdepan risiko tinggi.

Sehingga kini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak tentera Israel berhubung rampasan tersebut.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI