fbpx
Senarai delegasi Malaysia yang menyertai misi GSF ke Gaza.

23 sukarelawan Malaysia sertai Sumud Flotilla ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan seramai 23 sukarelawan daripada Malaysia yang menyertai konvoi misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) telah ditahan Israel.

Perkara itu dimaklumkan Anwar dalam satu sesi siaran langsung yang disiarkan di Facebook dan YouTube rasminya petang tadi.

Beliau berkata, susulan itu pihaknya telah bertindak menghubungi beberapa pemimpin negara untuk meminta campur tangan mereka bagi mendesak pembebasan kesemua sukarelawan yang ditahan.

“Sejak saya menerima maklumat penahanan 23 anak-anak Malaysia di atas kapal Sumud Flotilla, bersama dengan rakan-rakan lain dari seluruh dunia saya terus menghubungi Perdana Menteri Qatar, dan saya petang ini akan berhubung dengan Presiden Mesir, bersama dengan Menteri Luar menghubungi beberapa negara lain,” katanya.

Sementara itu, Sumud Nusantara Command Center (SNCC) mengesahkan kesemua 23 delegasi Malaysia telah ditahan rejim Israel selepas lebih 20 jam insiden pintasan berlaku.

Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby dalam sidang akhbar malam tadi berkata, pengesahan rasmi diterima pada pukul 4.25 petang waktu Malaysia bahawa semua delegasi kini berada dalam tahanan.

Senarai penuh rakyat Malaysia yang telah ditahan:

  1. Nur Fazelah Mad Tahil (Zizi Kirana) – Kapal Huga
  2. Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman – Kapa Alma
  3. Iylia Balqis Suhaimi – Kapal Alma
  4. Sul Aidil – Kapal Alma
  5. Haikal Abdullah – Kapal Sirius
  6. Muhammad Muaz Zainal Abidin – Kapal Sirius
  7. Zulfadhli Khiruddin – Kapal Sirius
  8. Rusydi Ramli – Kapal Sirius
  9. Nur Heliza Helmi – Kapal Hio
  10. Nur Hazwani Afiqah Helmi- Kapal Hio
  11. Nurfarahin Romli (Farah Lee) – Kapal Grande Blu
  12. Danish Nazran Murad – Kapal Grande Blu
  13. Rahmat Ikhsan (PU Rahmat) – Kapal Estrelle
  14. Norhelmi – Kapal Estrelle
  15. Mohd Asmawi – Kapal Estrelle
  16. Norazman – Kapal Estrelle
  17. Nurul Hidayah Mohd Amin (Ardell Aryana) – Kapal Mikeno
  18. Razali Awang – Kapal Inana
  19. Muhd Haikal Luqman Zulkefli – Kapal Free Willy
  20. Dr Taufiq Mohd Razif – Kapal Free Willy
  21. Muhammad Hareez Adzrami (Haroqs) – Kapal Free Willy
  22. Zainal Rashid Ahmad (ZRA) – Kapal Fair Lady
  23. Muhammad (Ustaz Mad Kechik) – Kapal Fair Lady
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI