PETALING JAYA – Seorang pelancong asing menyifatkan Semporna, Sabah sebagai antara bandar paling kotor pernah dikunjunginya ketika melancong ke sana.
Menerusi perkongsian video di TikTok oleh @backpacker_ben, lelaki itu kelihatan kecewa dengan tahap kebersihan di kawasan yang menjadi tumpuan utama pelancong.
“Ini adalah jeti yang pelancong akan mulakan perjalanan mereka. Saya tak mahu bayangkan bagaimana keadaan tempat kita akan pergi nanti. Ini lima tempat terkotor pernah saya pergi” katanya.
Pelancong itu turut berkongsi tentang botol minuman kosong yang dibawanya lebih sejam kerana tidak menemui tong sampah berdekatan dan enggan membuang sampah merata.
Perkongsian video tersebut mendapat perhatian ramai yang turut menegaskan perlunya tindakan segera untuk membersihkan kawasan tersebut.
“Kalau sudah dari kecil begitu, sampai ke tua la begitu. Semuanya bermula dari kesedaran. Ganti-ganti menteri pun kalau sudah jadi budaya, tetap jadi begitu juga itu,” komen @r_rs0712
“Bukan salah pemimpin, ini berpunca dari sikap masyarakat setempat yang tidak menjaga kebersihan,” kata Emeraldi.
“Sudah tiba masa simpan papan di tengah bandar dengan rulisan besar siapa buat sampah denda 1 ribu walaupun area kampung,” komen Nor. – KOSMO! ONLINE
@backpacker_ben Asia’s Dirtiest town! 🇲🇾 #fyp #travel #malaysia #semporna #traveltiktok ♬ original sound – Backpacker Ben