fbpx
Avila pada hantaran video di Instagram hari ini.

[VIDEO] Aktivis desak sekat rancangan penjajah pintas Sumud Flotila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Israel dikatakan merancang untuk memintas Global Sumud Flotilla (GSF), yang kini berada kira-kira 150 batu nautika dari bumi Gaza.

Seorang aktivis dari Brazil, Thiago Avila, berkata misi itu adalah kemanusiaan dan bukan keganasan, bertujuan menghantar bantuan makanan dan barangan keperluan kepada penduduk Gaza yang dilaporkan sedang menghadapi kebuluran.

Katanya, pihak berkuasa Israel, melalui laporan media tempatan dan dakwaan Kementerian Luar Negara, merancang untuk menahan flotila tersebut.

Avila menamakan Perdana Menteri Israel dan menuduh kementerian itu menyebarkan maklumat yang tidak benar mengenai misi kemanusiaan itu.

Menurut Avila, tiga kemungkinan tindakan pihak Israel disebut dalam laporan media iaitu serangan segera membabitkan aset ketenteraan besar didakwa telah berlepas dan dijangka tiba dalam beberapa jam.

“Kedua, pembentukan koridor ketenteraan sejauh kira-kira 120 batu nautika dijangka akan mencapai kawasan flotila awal pagi esok dan operasi malam yang kemungkinan penahanan flotila antara malam Rabu hingga Khamis,” katanya menerusi video dimuatnaik di Instagram hari ini.

Avila berkata, sebarang percubaan menahan flotila adalah haram di sisi undang-undang antarabangsa dan melanggar peraturan Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Beliau menyifatkan langkah itu sebagai satu jenayah terhadap kemanusiaan kerana rakyat Gaza sedang mengalami penderitaan akibat kebuluran, manakala flotila tersebut bertujuan untuk membawa bantuan makanan dan barangan asas.

“Kami tidak akan membenarkan ia berlaku. Kami tidak takut kepada keganasan dan senjata mereka.

“Apa yang kami ada ialah solidariti, kasih sayang, dan sokongan dunia. Jika mereka cuba menghalang kami, kami akan kembali lebih kuat seperti janji pada misi sebelum ini,” katanya.

Beliau menggesa rakyat dunia supaya bangkit dan bertindak bagi menyokong misi kemanusiaan tersebut, sambil menekankan bahawa perjuangan ini adalah sebahagian daripada hak rakyat Palestin untuk hidup dalam keamanan, bebas daripada penjajahan, genosid dan pembersihan etnik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI