fbpx
Pemain Liverpoo, Jeremie Frimpong cuba mengasak benteng pertahanan Galatasaray pada aksi awal pagi tadi.

UCL: Galatasaray pastikan Liverpool kekal ‘rendah diri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISTANBUL – Gergasi Turkiye, Galatasaray puas dapat melakar kejutan dengan menewaskan juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool 1-0 dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.

Pada aksi di Stadium Rams Park, Istanbul, misi tuan rumah untuk meraih tiga mata berjaya dilunaskan menerusi jaringan penalti yang dilakukan oleh penyerang sensasi, Victor Osimhen.

Bintang berpengalaman Galatasaray, Ilkay Gündogan memuji semangat juang tinggi yang dipamerkan oleh barisan pemain untuk memastikan pasukan dapat melakar kemenangan pertama di pentas UCL musim ini.

“Ini adalah keputusan yang istimewa terutama selepas tewas besar pada aksi pertama (1-5 kepada Eintracht Frankfurt) sebelum ini. Bukan mudah untuk menang ke atas Liverpool tetapi kami berjaya lakukannya.

“Saya percaya kami sudah mempamerkan taktikal mengikut kesesuaian kerana Liverpool adalah pasukan yang kuat dan sudah tentu mereka mudah mendominasi perlawanan. 

“Namun, kami buktikan mampu untuk meraih tiga mata yang cukup penting sekali gus menaikkan semula motivasi pasukan,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Galatasaray, Okan Buruk menarik nafas lega apabila dapat mengelak daripada keciciran mata selepas The Reds hampir meraih gol penyamaan pada penghujung saingan.

“Perjalanan pasukan masih panjang dan saya harap kemenangan ini dapat melonjakkan semangat pasukan memburu kemenangan pada aksi seterusnya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI