JAKARTA – Sepasang pengantin baharu di Makassar, wilayah Sulawesi Selatan menjadi perhatian ramai apabila mereka menerima sebuah rumah sebagai hadiah perkahwinan, lapor portal berita Tribunnews.
Pengantin lelaki merupakan seorang pempengaruh media sosial dikenali sebagai Brother Kecil atau Brocilk.
Majlis perkahwinan itu berlangsung di Sekolah Polis Negeri (SPN) Batua pada Ahad lalu, dengan beratus-ratus tetamu menghadirinya termasuk Timbalan Ketua Polis Wilayah Sulawesi Tengah, Brigedier Jeneral Dr. Helmi Kwarta Kusuma Putra Rauf.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @motoinproject menunjukkan pasangan pengantin bergambar di atas pelamin sambil memegang geran rumah yang diberikan oleh Helmi dan isterinya.
Rakaman itu mencatatkan lebih 181,700 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Siapa cakap duit bukan segalanya?” kata seorang netizen.
“Wang memang tidak boleh membeli kebahagian, kalau sedikit,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI